Assalamu'alaikum,
Semoga semua sepit biru masih berbiru tegar dan mantap sepitnya.
Arakian tersebutlah kisah pemimpin-pemimpin MELAYU di negara yang telah diMALAYSIAkan ini bercakaran dalam tidur dan jaga, mengulang lembaran sejarah yang tidak wajar dibuka kembali lipatannya. Lipatan sejarah yang pahit yang telah menimbus Empayar Melaka dan Empayar Melayu berdaulat di sekitarnya hanya wajib dilawati untuk dihayati teladannya dan bukan sekali kali untuk diulangi. Bercakarannya sebegini pada ketika ini adalah kerana tidak mengambil iktibar dari lipatan sejarah yang terdahulu.
Benar kata pemimpin terdahulu bahawa MELAYU MUDAH LUPA. Kita yang dahulunya kecil telah dianugerahkan rahmat oleh ALLAH S.W.T untuk menjadi satu bangsa besar dengna Empayar yang namanya merentas lautan timur dan barat. Hancurnya Melaka dan ranapnya gah kerajaan Melayu disekitarnya kerana hasad dengki, tamak haloba, dendam berdendam yang meruntuhkan IMAN dikalangan pemimpin Melayu dimasa itu.
Hari ini, cabaran untuk MELAYU bergerak maju untuk berlari seiring dengan rakan-rakan kongsi adalah jauh lebih mencabar. Jika pemimpin kita mengulang karenah buruk bangsa Melayu yang telah menghancurkan empayar Melayu terdahulu, maka kita akan ditimpa musibah yang lebih keras. Jika dulu kita kehilangan empayar dan pemerintahan mutlak, maka kini dengan terulangnya karenah ini, kita bakal kehilangan MELAYU itu sendiri.
Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak terjebak dengan kancah kehinaan sekali lagi. Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak terjerumus kedalam kegelapan diesok hari. Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak akan membawa anak-anak kita ke masa depan yang telah kita hancurkan dimasa kini.
Sekilas pandang pada anak-anak diwaktu membangunkan mereka subuh tadi, hati ku tertanya tanya - adakah bangsa ku akan hanyut dan lemas dizaman hidup ku atau kehancurannya bakal terjadi dizaman anak-anak ku. Baringan anak-anak ku dimalam tadi masih selesa tanpa riak kebimbangan. Mereka belum faham.
Semoga di Kenyir nanti, di kelilingi keindahan ciptaan ALLAH S.W.T, keIMANan kita akan lebih tegar demi keagungan silam dan yang bakal mendatang.
INSYAALLAH.
Saturday, July 5, 2008
Tuesday, July 1, 2008
JANGAN LUPA LAGU2 KENANGAN ANDA
Assalamualaikum,
Wahai penghuni sepit biru, setiap kita ade kenangan yang tak pernah dilupakan dalam hidup, sempena menyambut ulang tahun yang pertama di tengah2 keheningan tasik kenyir serta, ditemani bunyian bunyian mergastua yang sayup2 kecuping telinga. Alangkah syahdu kalau ditemani jua oleh lagu2 nyayian Ebiet.G Ade, Alleycats, Sudirman, Brorey dan seangkatan itu berkumandangan di atas rumah bot. Bagi ahli2 sepit biru yang mempunyai koleksi ini jangan segan dan silu untuk mendedahkan kemaluan anda. Rayuan terakhir saya .hidup sepit biru jangan biarkan hidup ini sepi tanpa sebarang melodi yang bersama kita hingga kita sedar hidup ini sudah senja.
Subscribe to:
Posts (Atom)
