Friday, May 22, 2009

Teknik Susun Umpan


Assalamualaikum kawan-kawan seperjuangan. Bermula dari minggu ini, saya akan memberikan teknik-teknik yang berguna kepada ahli Sepit Biru sewaktu memancing bagi meningkatkan kadar tangkapan.

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Sekian untuk minggu ini. Jumpa lagi minggu depan.

Monday, May 18, 2009

UMPAN DILONTAR, DISAMBAR IKAN

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama tidak berblog nampaknya sepit biru kian menyepi. Mengumpul modal agaknya memandangkan awan kegawatan ekonomi kian menyelubungi dunia. Namun jangan dibiar joran bersandar tanpa dijamah. Parah jawabnya. Kesian kekili dimamah usia. Tali pula dibiarkan kehausan tanpa menjamah setitis pun air sungai. Kedahagaan yang mencengkam jiwa. Perlu dimobilitikan anggota agar ianya tuntas mengharungi tasik dan sungai mencari sang baung, kerai, lampam, temoleh, tengas, kelabau, sebarau, keli, haruan dan lain-lain.

Tatkala api semangat yang kian pudar, tatkala masa yang kian mencemburui suasana, tatkala kerinduan yang kian menyepi moleklah kiranya digagahkan semangat, ditiup api bara agar kembali menyala memarak dan membakar semangat perjuangan sang pengail yang kian diulit kelenaan.

Ayuh kawan-kawanku...kita bina kembali kekuatan, kita redah semak belukar, kita rentas gunung dan ganang, kita timba telaga keazaman agar kembali kuat gagah dan perkasa.