Tuesday, December 22, 2009

Baru je kejap ni Pok Yob call....

Salam...

Pok Yob call sat ni ajak mengudang...hehehehe

*ini adalah fiction semata-mata....jadikanlah ia benar...

Aduhai....Sepit Biru.....

Assalamualaikum wbt..

Rakan2 Sepit Biru........aduhaiiiiiiiii............


*post ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa....cuma yang makan cili shj akan terasa podeh (baca pedas dlm bahasa minang kuno)

Tuesday, July 21, 2009

Teknik Memancing Udang Galah

Peralatan

1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 - 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 - 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 - 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.UmpanUdang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 - 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 ?3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 ?5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING"

Sunday, June 14, 2009

?


Friday, June 12, 2009

aiii...tak dak respon nii...

assalamu'alaikum ya sheikh al sepit birus.....

ana punya offer tak dak sapa sapa minat ka? Ana sekarang ada kat Langkawi. Nak pi mancing pun sorang sorang tadak geng tadak syok jugalah. kalau sheikh mau, kita mancing kat tepi LDP pun kira ok jugak. Tapi kan, ana rasa acu cuba try lagi sekali kita pi ngadap pak ayob cari sepit biru kat sungai dulang, gerenti lagi baguih dari mancing kat LDP.manalah tau abang polis trafik pun nanti nak join kita mancing susah nak cerita nanti.....


apapun kita mesti terus mencuba dan jangan putus usaha. sesungguhnya insan yang tak mengalah untuk terus berusaha adalah insan yang telah pun berjaya kerana antara kejayaan yang sungguh bermakna ialah kejayaan mengalahkan keinginan untuk mengalah.

fuuh...falsafah tu....



zuhud.12.06.09. Langkawi

Tuesday, June 9, 2009

AGI IDUP AGI NYEPIT..semangat mesti hangit......

asssalamu'alaikum ya sheikh Sepit Birus.....
janda baik tak berapa baik sungai dulang tak jadi didulang.tali kat kekili ambo tu kalau di cast la ni ambo agak keluar pun berpintal sebab dah lama sangat melilit kekili. dan ambo masih terharu dengan semangat Tuan presiden yang tak pernah hangus itu. Idup Tuan Presiden.....

ni satu info dan cadangan.....ambo tengah aturkan lawatan sambil belajar school of architecture(interior dan yang berkaitan dengannya dijemput dengan segala hormatnya....) ke langkawi pada hari minggu selepas assessment week.kalau sheikhs semua nak mencuba mengumpan ikan langkawi ambo boleh aturkan bot selepas lawatan rasmi. satu bot boleh muat 6 orang(8 boleh muat cuma lebih selesa 6 orang) harga biasa rm400.00 untuk 4 jam. kalau berminat ambo boleh acu cuba try adjust kos bot dan kos makan untuk sepit birus..(insyaALLAH ambo akan berada di langkawi hari khamis ni hingga hari ahad atau isnin)

kalau akal yang tu Tuan sheikhs tak berminat,ambo cadangkan kita revive idea KENYIR...YES yes YES>>>KENYIR yang kita dah cuba tapi 3 kali tak jadi tu.kalau tak amboh juge, ambo cadangkan kita cuba lagi sekali aturkan appointment ngan Pak Ayob di sungai dulang untuk one day trip.kalau tak berminat juge, ambo cadangkan kita semua gi mancing kat tasik belakang rumah tuan presiden kat pulau meranti(pulau tapi jauh dari laut).kalau tak minat juga, jom kita mancing kat tepi highway LDP sebab masa hujan hari tu ambo nampak ada air berlopak kat lane tepi sekali mesti ada patin buah atau baung cantik kat situ.


Jom la Kite.... jom la kite

asah mata kail cangkul cari cacing
basah peluh cair sebakul ikan patin

Jom la kite....Jom la kite

umpan biar penuh belalang tepi baruh
semangat biar teguh pantang sepi berlabuh

Jom la kite.........

Jangan JOM SAJE....

AGI IDUP AGI NYEPIT..semangat mesti hangit



ainzuhud.
12.54pagi. taklehtidurlagi......

Tuesday, June 2, 2009

Cara pintal umpan


Assalamualaikum w.b.t


Minggu ini saya ingin berkongsi teknik bagaimana untuk meletakkan umpan pada mata kail agar tidak terlucut.


CARA memasukkan umpan pada mata kail ada kalanya memainkan peranan untuk memastikan umpan tidak mudah terlucut dibawa arus ataupun tidak mudah terkeluar apabila diragut mangsa.

Oleh itu, cara memasukkan umpan juga perlu dilakukan dengan teknik yang sesuai termasuk memintal seperti bahagian sotong yang dipotong ataupun cacing, ruat, perumpun sarang ataupun ulat lundu.


Diharap dapat mempraktikkan ketika memancing bagi menjamin tangkapan yang lumayan.

Friday, May 22, 2009

Teknik Susun Umpan


Assalamualaikum kawan-kawan seperjuangan. Bermula dari minggu ini, saya akan memberikan teknik-teknik yang berguna kepada ahli Sepit Biru sewaktu memancing bagi meningkatkan kadar tangkapan.

TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

Sekian untuk minggu ini. Jumpa lagi minggu depan.

Monday, May 18, 2009

UMPAN DILONTAR, DISAMBAR IKAN

Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama tidak berblog nampaknya sepit biru kian menyepi. Mengumpul modal agaknya memandangkan awan kegawatan ekonomi kian menyelubungi dunia. Namun jangan dibiar joran bersandar tanpa dijamah. Parah jawabnya. Kesian kekili dimamah usia. Tali pula dibiarkan kehausan tanpa menjamah setitis pun air sungai. Kedahagaan yang mencengkam jiwa. Perlu dimobilitikan anggota agar ianya tuntas mengharungi tasik dan sungai mencari sang baung, kerai, lampam, temoleh, tengas, kelabau, sebarau, keli, haruan dan lain-lain.

Tatkala api semangat yang kian pudar, tatkala masa yang kian mencemburui suasana, tatkala kerinduan yang kian menyepi moleklah kiranya digagahkan semangat, ditiup api bara agar kembali menyala memarak dan membakar semangat perjuangan sang pengail yang kian diulit kelenaan.

Ayuh kawan-kawanku...kita bina kembali kekuatan, kita redah semak belukar, kita rentas gunung dan ganang, kita timba telaga keazaman agar kembali kuat gagah dan perkasa.

Sunday, May 10, 2009

Umpan tidak dilontar

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,

Kali terakhir kita berblog 6 bulan lps (tahun lps secara tepatnya)...Sebelum blog kita ni terkubur begitu sahaja, saya rasa bertanggungjwb utk memulakannya tahun ini...Dan topik utama adalah:
"Sebelum Sepit Biru Terkubur Begitu Sahaja, Adalah Lebih Baik Ahli-ahlinya Melakukan Sesuatu Seperti Mengunjungi Pak Yob di Sungai Dulang Ataupun Merancang Untuk ke Tasik Kenyir Yang Telah Tertangguh Selama Lebih Setahun Lamanya" (ini merupakan tajuk topik yg terpanjang pernah dihasilkan oleh mana-mana kelab rekreasi didunia). Seterusnya, isi kandungannya adalah: Tak perlu dihuraikan lagi kerana tajuk di atas sudah cukup pengertiannya.............

Sekian terima kasih, mohon maklum balas drp ahli2...

p/s: dikesempatan ini Sepit Biru merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada salah seorg ahli yg telah mendirikan masjid baru2 ini iaitu saudara Rizz...dgn ucapan: Ikatan tidak menghalang anda utk terus aktif bersama Sepit Biru...dan usah menggunakan GPS utk mencari "makam-makam" tertentu......ahahahaha...