Thursday, November 6, 2008

salam untuk semua,

Al kisah dah 3 kali projek kenyir tak jadi(3 kali?).tapi keturunan kita ni pantang undur selagi tasik tak kering (biarpun tak dapat ikan...).

arakian tersebutlah tatkala pada satu pertemuan pada tanggal 1hb.November ditepi tasik lakeview club dengan anak anak murid bukan persilatan(sebab depa tu study architeture dan interior mana tau bersilat) yang dah graduate, maka hamba telah tercanang dengan sengajanya untuk nak acu cuba try sekali lagi (kali ke 4??) untuk mencuba nasib ke Kenyir. Terbeliak lah sekelian bijik mata bekas anak anak murid kite ni dengan segala kesungguhannya menyatakan sangggup kerana katanya kerja di opis tu cukuple penat dan menyiksakan.katanya sekalian otak dan otot perlukan rehat dan keindahan tasik tu cukup melambai lambai.

maka dengan ini tanpa menunggu pengistiharan pemegang mohor besar raja raja, hamba ingin mencadangkan supaya kita dengan segala kesungguhannya cuba plan untuk kekenyir pada kira kira cuti antara semester pertengahan tahun hadapan(2009). adapun cadangan pemergian ketika itu adalah berdasarkan telekan ahli pakar Tuan Puteri Malu(namanya puteri tapi bukan pompuan!!) bahawa pertengahan tahun roman itu airnya surut, maka boleh terjun kejar ikan kalau kalau ikan ikan tu tak nak makan umpan.

hamba ingin mencadangkan supaya semua kaum kerabat bermesyuarat tergempar esok hari dimeja beriani kambing(ayam boleh juga) iaitu tanggal 7/11/08.mohon semua hadir terutama sekali tuan presiden dan tuan yang setia lagi rajin berusaha.(untuk makluman dua dua tu jawatan tetap tanpa pengundian).


sekian.penyudah warkah hamba dengan mohon diampunlkan segala salah dan khilaf.

dari,
Hamba Yang Mengasihani
assalamu'alaikum ya sepit birus.....

open house dah abis..duit raya pun dah abis..bak kata tuan presiden batang pancing tu masih dok sandar kat dinding himpun karat...mencabar tu!!.berkarat sebab basuh dengan air klorin tak tau le teman, yang teman tau kalau mancing kat air klorin memang sah tak dapat ikan.apatah lagi kekalau air klorin tu boh dalam besen je.

Jadi...jom le kite...angkat joran pancing
jom le kite...cari umpan pancing
jom le kite...asah mata kail
jom le kite...cari bot mancing
jom le kite...
jom le kite...
jom le kite...

jom pegi mancing!

nota:adalah diingatkan bahawa mana mana ahli berdaftar sepit biru yang belum mendapat surat pelepasan dari "menteri dlam Negeri" untuk tahun 2009 sila berbuat demikian dengan kadar segera.jangan tungu last minet..nyesal nanti..

Tuesday, October 28, 2008

Salam Raya! (dah tinggal serdak dah...)

Sempena bulan raya ni, saya memohon ampun dan maaf diatas kealpaan saya update blog ini.. Sibuk kira duit raya...tapi bukan kira yg masuk, dok kira yg keluar. Minta maaf juga diatas kealpaan saya menjemput sebilangan kawan2 SB ke open house saya baru2 ini. Maafkan saya diatas kekhilafan tersebut..

Kelibat Tasik Raban masih dirasa...tapi joran dah terasa berhabuk dah yobs. Kesian pulak teman nengoknya. Nak dibersihkan guna ayor biasa tak boleh, nak kena ayor sungei juge.. Setelah bertanya pada yg pakar (bukan yg sabun dynamo tu...pakar ayor sungei le), gamoknya kena le cuci dgn ayor Sg Dulang ataupun Kg Kuantan.. Ayor klorin ni bukannya tak boleh, ikut kabor si pakar ni, katenye: "Jangan buat pase kome! Kalau tak betul caranye... berkarat le gamoknye joran kamu". Aik! pulok... Guna ayor klorin boleh karat.. Bior bebenor yob pakar ni.. Ni benor2 provoke ni..

Tu le kawan2... same2 le kite pikior apa maksud disebalik pesanan yob pakar tu.. Mane le tau, ada makna yg tersirat, bak kate org Bota Kiri... "Kamu selok (selak) batu tu yob, baru kamu tau ade ketam ke idok!". Ni bukannye selok batu Pok Yob, ni kena lontar batu...
Hmm same2 le renungkan...Heheheheeh...

*segala watak didalam epilog di atas hanyalah rekaan semata-mata...sengaja direka khusus utk kawan2 SB yg lebih arif ttg apa yg tersiratnya...

Sunday, September 28, 2008

Assalamualaikum "Sepit Birus",

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap drp saya sepanjang mengelolakan aktiviti2 Sepit Biru. Fyi, budget utk Raban tempohari masih berbaki RM100+. Rasa2nya lepas tu kalau nak buat "short-distance" activity. Kg Kuantan kita??

Friday, August 29, 2008

Assalamualaikum kawan2 SEPIT BIRU,

Minta maaf banyak2 sbb dah lama x update blog kita ni.. Agak sibuk dgn benda2 lain. Tapi sejak balik drp meRABAN ni, get inspired pula, walaupun kat sana sya mengalami insiden "talimegi" (merujuk kpd bidalan saudara RizzGPRS kita). InsyaAllah slps ni, blog ni akan aktif spt biasa.

Aktiviti yg seterusnya sedang dirancang. Kemungkinan besar GPRS kita akan beralih ke Kg Kuantan, Kuala Selangor, "menjenguk" kelip2 dan "mengukur joran" di sana.

Selamat menyambut Al-Mubarak yang mulia. Semoga puasa kita benar2 puasa yg sebenar-benarnya. Amiin. Nampak gayanya "berpuasa" la kita sebulan, tak berGPRS.....

p/s: gambar2 meRABAN akan sya burn into CD utk semua ahli2 SEPIT BIRU.

Friday, August 15, 2008

Kenyir oh Kenyir.....meRABANlah kite...

assalamu'alaikum to all SEPIT BIRUs,

Kali ke 3 kita dak jadi gi Kenyir ..hati ku keciwa rasa macam tak kena nasik beriani masjid berbulan bulan.

tapi tak pa..rezeki kita insyaALLAH di TASIK RABAN PADA 23 DAN 24 OGOS INI. Siap siap semua cuma lagi beberapa jam saja laiii...sori, lagi 7 hari rupanya.

En.JOHAR52 dah maklumkan pada saya perkara perkara berikut:

-Bot tu bot panjang boleh muat 8 orang(2 orang sebaris..jadi tak la sempit sangat..ok le tu..)
-parking kereta tak jauh dari chalet.insyaALLAH selamat katanya.
-gerai makan ada tak jauh dari situ....cantik...
-life jaket ada....teristimewa untuk ahli yang terrer menyelam macam saya......
-Teman mancing malam (yang dah biasa dengan tasik raban) dah ada.nanti kita bayarRM50.00 untuk servis dia teman kita mancing malam. Ada teman yang dah biasa tu lega sikit.bukannya saya takut cume dok mengenangkan pilot bot kita yang terrer terrer ni.....kang terlajak sampai tasik cini ..almaklumlah pilot orang Pahang katakan....
-Kos saperti sedia maklum..sewa bot Rm250.00 dan chalet Rm50.00. Bantal dan carry-mate akan disediakan.
-En.Johar tak de di Raban pada 23/24 ogos sebab dia kena jadi Judge pertandingan Kayak di PutraJaya.Contact person and phone no dah ada dengan saya.

Program kita lebih kurang (tak tau la lebih ke kurang) begini:
-bertolak kul 12malam dari KL , Subuh kat mana mana yang patut (Imam:En.Zohar dilantik secara paksarela, Bilal:En.Rizam juga dilantik secara paksarela). InsyaALLAH target sampai di Chalet 7pagi.
-Sabtu-mancing satu hari-Lunch atas bot.Jamak zohor/Asar atas bot atau kalu dapat stop kat kampung tepi tasik.Kembali ke chalet petang around Maghrib.
-Makan malam kat gerai (atau Pak Adrianta nak tunjuk terrer masak amatlah dialu alukan) atau dimana mana...pas tu sambung mancing lepas isyak.mana mana ahli yang tak nak mancing malam boleh la buat tarian gaya bebas atau nyanyi lagu ...bulan mengambang pak ngah lah yang balik.....ahaiii la sayang..
-waktu abis mancing malam terserah pada kekuatan mental dan fizikal ahli....janji jangan terlepas subuh.
-pagi ahad- antara cadangannya ialah mancing tepi tebing(nak mancing lagi?), berkelah ke air terjun Lata Kekabu.....Cadangan Tuan Presiden pun cantik juga iaitu buat lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar, cari labu sayong (boleh la beli pasu bunga kalau ada keperluan nak pujuk mak anaknya..),Taiping dan mana mana yang sepatutnya.CARI DURIAN????
-tengahari ahad kita bertolak kembali ke KL dan InsyaALLAH sampai ke KL sebelumMaghrib.

Kalau ada apa apa cadangan yang canggih dan cap pilihan BERNAS, mohonlah dimaklumkan ke Blog kita ni....

Saturday, July 5, 2008

Assalamu'alaikum,

Semoga semua sepit biru masih berbiru tegar dan mantap sepitnya.

Arakian tersebutlah kisah pemimpin-pemimpin MELAYU di negara yang telah diMALAYSIAkan ini bercakaran dalam tidur dan jaga, mengulang lembaran sejarah yang tidak wajar dibuka kembali lipatannya. Lipatan sejarah yang pahit yang telah menimbus Empayar Melaka dan Empayar Melayu berdaulat di sekitarnya hanya wajib dilawati untuk dihayati teladannya dan bukan sekali kali untuk diulangi. Bercakarannya sebegini pada ketika ini adalah kerana tidak mengambil iktibar dari lipatan sejarah yang terdahulu.

Benar kata pemimpin terdahulu bahawa MELAYU MUDAH LUPA. Kita yang dahulunya kecil telah dianugerahkan rahmat oleh ALLAH S.W.T untuk menjadi satu bangsa besar dengna Empayar yang namanya merentas lautan timur dan barat. Hancurnya Melaka dan ranapnya gah kerajaan Melayu disekitarnya kerana hasad dengki, tamak haloba, dendam berdendam yang meruntuhkan IMAN dikalangan pemimpin Melayu dimasa itu.

Hari ini, cabaran untuk MELAYU bergerak maju untuk berlari seiring dengan rakan-rakan kongsi adalah jauh lebih mencabar. Jika pemimpin kita mengulang karenah buruk bangsa Melayu yang telah menghancurkan empayar Melayu terdahulu, maka kita akan ditimpa musibah yang lebih keras. Jika dulu kita kehilangan empayar dan pemerintahan mutlak, maka kini dengan terulangnya karenah ini, kita bakal kehilangan MELAYU itu sendiri.

Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak terjebak dengan kancah kehinaan sekali lagi. Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak terjerumus kedalam kegelapan diesok hari. Kukuhkanlah IMAN semoga kita tidak akan membawa anak-anak kita ke masa depan yang telah kita hancurkan dimasa kini.

Sekilas pandang pada anak-anak diwaktu membangunkan mereka subuh tadi, hati ku tertanya tanya - adakah bangsa ku akan hanyut dan lemas dizaman hidup ku atau kehancurannya bakal terjadi dizaman anak-anak ku. Baringan anak-anak ku dimalam tadi masih selesa tanpa riak kebimbangan. Mereka belum faham.

Semoga di Kenyir nanti, di kelilingi keindahan ciptaan ALLAH S.W.T, keIMANan kita akan lebih tegar demi keagungan silam dan yang bakal mendatang.

INSYAALLAH.

Tuesday, July 1, 2008

JANGAN LUPA LAGU2 KENANGAN ANDA

Assalamualaikum,

Wahai penghuni sepit biru, setiap kita ade kenangan yang tak pernah dilupakan dalam hidup, sempena menyambut ulang tahun yang pertama di tengah2 keheningan tasik kenyir serta, ditemani bunyian bunyian mergastua yang sayup2 kecuping telinga. Alangkah syahdu kalau ditemani jua oleh lagu2 nyayian Ebiet.G Ade, Alleycats, Sudirman, Brorey dan seangkatan itu berkumandangan di atas rumah bot. Bagi ahli2 sepit biru yang mempunyai koleksi ini jangan segan dan silu untuk mendedahkan kemaluan anda. Rayuan terakhir saya .hidup sepit biru jangan biarkan hidup ini sepi tanpa sebarang melodi yang bersama kita hingga kita sedar hidup ini sudah senja.

Saturday, June 28, 2008

assalamu'alaikum,

sori ambo lagi ni...bukannya banyak sangat masa yang ambo ada cume dengan kekawan sepit biru ni ketegaran semangatnya lain sikit.

ni nak cerita topik lain sikit dari biasa.tak ada kaitan dengan aktiviti kenyir atau sungai pahang.kaitannya cume kita disepit biru ni semuanya "pendakwah"akademik dengan pengkhususan dalam rekabentuk.setengah dari kita pendakwah sepenuh masa manakala setengah nya pula pendakwah bebas macam ambo ni lah.

ini kisah nya....

in design as problem solving....we use lots of methods to build the thinking skill in our students (especially the blur one...).I have used mind mapping on my students (personally too...) for analytical and critical thinking and of course to remember/recall whatever that needs recalling. Mind mapping is also an excellent tool for relating one topic to another.

I am testing on my kids the same strategy on my daughters now to help them to understand and remember things better to improve their academic achievements. It is a simple mind mapping strategy to help them to remember the "whole" subject using a "glance method". sound complicated but actually very easy.

I need assistance to apply this method on more students (sekolah rendah/menengah-must be able to read)to "test" its effectiveness. if any of you are interested, I can share the method with you (free of charge for all sepit biru's).

if this method is effective, i plan to use it on students especially the weak one (my daughter s are in this category due to bukan malas tapi tak berapa rajin...).

SEMOGA USAHA KITA AKAN DIBERKATI ALLAH S.W.T.

UBAH CARA IDUP.....

Friday, June 27, 2008

AMBO DAH BAYAR RM100.00 PADA KING LAMBERT THE PRESIDEN...ulang sekali lagi...AMBO DAH BAYAR RM100.00 PADA KING LAMBERT THE PRESIDEN...sekarang laung beramai ramai AKU PUN AKAN BAYAR SEKARANG JUGA .......



sesungguhnya omong aje bangsa tak akan maju....

UBAH CARA IDUP....
assalamu'alaikum w.b.h.

MENDOLAH LAH kalu TAK NAK MAJU!!!!

Itu kata kata hikmat untuk ari ni. Walau pun Rusia dan Turki dah kalah tapi semangat sepit biru's mesti macam TURKIYE...agi idup agi menyepit BUKAN agi MENGAJIB atau MENDOLAH.

Ni ada Kabor sikit. Sahabat hamba dah turun dari pertapaan dan katanya harga Rumah Bot untuk satu kepala (tak kira berbulu atau tidak ) lebih kurang USD 30.00 atau RM150.00 atau Rupiah beberapa juta ahaja..Makan bawa supply sendiri masak sendiri makan sendiri.kalau nak bersuap baik le dok rumah.

Jadi asah asah dan service la apa apa yang patut.sembahyang hajat banyak2.InsyaALLAH jadik....


satu lagi nak tanya....ada sapa sapa dalam kalangan kite ni yang boleh jadi coach berenang? Ambo ni dah pegi tujuh tasik tujuh sungai anak pun dah empat tapi cuma terer menyelam.

help......

Tegar selalu....

Wednesday, June 25, 2008

sepit biru fotopages

kawan2 sepit biru,

our fotopages has been set up. boleh browse thru link URL kt column sebelah ni [sepit biru album: http//sepitbiru.fotopages.com]. just click. buat masa ni hanya ada foto2 sg dulang edisi 1. next akan menyusul gambor2 edisi seterusnya.

kalau ada gambor2 lain [yg relevan shj.... gambar2 yg agak "mendolah" (bermaksud yg menjolok bijik mata) tidak dibenarkan sama sekali] bolehlah diajukan kpd moderator.

SBBB-1234567890

Atas tu bank acc no.

on behalf en rahim or zoha pun boleh jgk...

yg penting, asalkn bayor..

sapa2 yg ada jaring tlg bagitau sbb nk bwk pegi kenyir, kalu x dpt ikan, kita tebor je....

sepit jgn x sepit...
assalamu'alaikum w.b.h. to all the sepit biru's,

semoga semangat tuan hamba sekalian sentiasa tegar.

cabaran tu hamba sambut - menurut titah perintah King Lambert.Hail the King!!

Pasal Kenyir tu, hamba sedang mengejar maklumat yang sedang dihimpun oleh sahabat hamba dari bukit puchong.apabila sahabat hamba itu keluar dari pertapaannya inshaALLAH kita dapat tahu dapat tak special price untuk 'Rumah Perahu" yang kita nak tu.

ada ahli ahli yang ada photo sungai dulang tak?mintak tolong publish kat blog kita ni...promo kenangan sikit semoga dapat menambah ketegaran semangat semua kekawan. dalam zaman harga naik dan menteri menteri ramai yang masih asyik mendolah, semangat mau tegar selalu.............

UBAH CARA IDUP.......AGI IDUP AGI MENYEPIT....

Wednesday, June 18, 2008

"kenyir memanggil-manggil": progress 1

kawan2...

collection [initial RM100] utk kenyir sudah dibuka.. dgr ceritanya mata kail lurus akan menjd contributor pertama.. inilah semangat yg seharusnya kita contohi... [sambil2 tu "membakar" kwn2 lain].. betul tak zoha? hehe..

bayaran boleh diajukan kpd king lambert di aras 1, alfa int college. tiada resit diberikn utk bayaran.. xde budget (sbb minyak naik) so harga kertas pun ikut naik..sbb nk buat kertas kena rendam kulit kayu dgn minyak petrol..(begitulah spt yg diumumkn oleh menteri kewangan m'sia yg sdg mendolah itu)...

"komitmen anda adalah kegembiraan buat sepit biru"

Saturday, June 14, 2008

Trip Memancing Sungai Pahang

Assalamualaikum wbt

All sepitbirus gang....

Ada brani ka? Sapa2 nak joint menduga kehebatan Sungai Pahang....

2 jam dari KL....sewa chelet yang berpatutan...sewa bot fiber yang murah...

nak cuba Lubuk Kawah? Menduga Patin Buah yang berharga RM 120/kg?

Kalu bernasib baik boleh juga dapat sepitbiru....Sungai Semantan pun boleh tahan...

Moh kita merealisasikan xtvt sampingan sebelum trip ke Kenyir.....

Ada brani kaaaaa!!!!

Friday, June 13, 2008

assalamu'alaikum to all sepit birus....

Kenyir trip 30 august ke 1september (tahun ni bukan depan) ambo propose supaya deposit RM100.00(sape nak bagi in USD are berry wellcome) di bayar bila saja gaji bulan JUN TAHUN NI masuk dalam akaun.

Hari menjelang minggu dah masuk banyak bule dok tengok batang kail tersandar kat bilik air..sedih tau....mintak mintak sangat la kali ni jadik. kalu tak jadi mallu kat bini asyik mintak aapproval tapi tak pegi pegi....


HIDUP ALL THE SEPIT BIRUS.....

Tuesday, June 10, 2008

..kenyir... we're baitcasting you... (hopefully)

bros,
as per our "bobby-discussion" recently (to be exact - an hour ago), we appeared to agree the tentative date fr our kenyir trip would be on 29 - 31 august 2008.

time this around hopefully our long-anticipated mission would be accomplished.

further details will subject to our next meeting, as per usual: same venue, same time, same buns and same teh "o"..... also same topic of "mendolah"..

-joe coleman-

Sunday, June 8, 2008

kalau kail panjang sejengkal...

ehem! kwn2 "sepancingan", our own blog dh kick-off, isi2 la umpan tu... mana tau naik sepit biru sekilo..

sebarang info @ idea dialu-alukan demi kemantapan blog kita ni..

next sg dulang... amacam?

-joe coleman-