Friday, August 15, 2008

Kenyir oh Kenyir.....meRABANlah kite...

assalamu'alaikum to all SEPIT BIRUs,

Kali ke 3 kita dak jadi gi Kenyir ..hati ku keciwa rasa macam tak kena nasik beriani masjid berbulan bulan.

tapi tak pa..rezeki kita insyaALLAH di TASIK RABAN PADA 23 DAN 24 OGOS INI. Siap siap semua cuma lagi beberapa jam saja laiii...sori, lagi 7 hari rupanya.

En.JOHAR52 dah maklumkan pada saya perkara perkara berikut:

-Bot tu bot panjang boleh muat 8 orang(2 orang sebaris..jadi tak la sempit sangat..ok le tu..)
-parking kereta tak jauh dari chalet.insyaALLAH selamat katanya.
-gerai makan ada tak jauh dari situ....cantik...
-life jaket ada....teristimewa untuk ahli yang terrer menyelam macam saya......
-Teman mancing malam (yang dah biasa dengan tasik raban) dah ada.nanti kita bayarRM50.00 untuk servis dia teman kita mancing malam. Ada teman yang dah biasa tu lega sikit.bukannya saya takut cume dok mengenangkan pilot bot kita yang terrer terrer ni.....kang terlajak sampai tasik cini ..almaklumlah pilot orang Pahang katakan....
-Kos saperti sedia maklum..sewa bot Rm250.00 dan chalet Rm50.00. Bantal dan carry-mate akan disediakan.
-En.Johar tak de di Raban pada 23/24 ogos sebab dia kena jadi Judge pertandingan Kayak di PutraJaya.Contact person and phone no dah ada dengan saya.

Program kita lebih kurang (tak tau la lebih ke kurang) begini:
-bertolak kul 12malam dari KL , Subuh kat mana mana yang patut (Imam:En.Zohar dilantik secara paksarela, Bilal:En.Rizam juga dilantik secara paksarela). InsyaALLAH target sampai di Chalet 7pagi.
-Sabtu-mancing satu hari-Lunch atas bot.Jamak zohor/Asar atas bot atau kalu dapat stop kat kampung tepi tasik.Kembali ke chalet petang around Maghrib.
-Makan malam kat gerai (atau Pak Adrianta nak tunjuk terrer masak amatlah dialu alukan) atau dimana mana...pas tu sambung mancing lepas isyak.mana mana ahli yang tak nak mancing malam boleh la buat tarian gaya bebas atau nyanyi lagu ...bulan mengambang pak ngah lah yang balik.....ahaiii la sayang..
-waktu abis mancing malam terserah pada kekuatan mental dan fizikal ahli....janji jangan terlepas subuh.
-pagi ahad- antara cadangannya ialah mancing tepi tebing(nak mancing lagi?), berkelah ke air terjun Lata Kekabu.....Cadangan Tuan Presiden pun cantik juga iaitu buat lawatan sambil belajar ke Kuala Kangsar, cari labu sayong (boleh la beli pasu bunga kalau ada keperluan nak pujuk mak anaknya..),Taiping dan mana mana yang sepatutnya.CARI DURIAN????
-tengahari ahad kita bertolak kembali ke KL dan InsyaALLAH sampai ke KL sebelumMaghrib.

Kalau ada apa apa cadangan yang canggih dan cap pilihan BERNAS, mohonlah dimaklumkan ke Blog kita ni....

No comments: