salam untuk semua,
Al kisah dah 3 kali projek kenyir tak jadi(3 kali?).tapi keturunan kita ni pantang undur selagi tasik tak kering (biarpun tak dapat ikan...).
arakian tersebutlah tatkala pada satu pertemuan pada tanggal 1hb.November ditepi tasik lakeview club dengan anak anak murid bukan persilatan(sebab depa tu study architeture dan interior mana tau bersilat) yang dah graduate, maka hamba telah tercanang dengan sengajanya untuk nak acu cuba try sekali lagi (kali ke 4??) untuk mencuba nasib ke Kenyir. Terbeliak lah sekelian bijik mata bekas anak anak murid kite ni dengan segala kesungguhannya menyatakan sangggup kerana katanya kerja di opis tu cukuple penat dan menyiksakan.katanya sekalian otak dan otot perlukan rehat dan keindahan tasik tu cukup melambai lambai.
maka dengan ini tanpa menunggu pengistiharan pemegang mohor besar raja raja, hamba ingin mencadangkan supaya kita dengan segala kesungguhannya cuba plan untuk kekenyir pada kira kira cuti antara semester pertengahan tahun hadapan(2009). adapun cadangan pemergian ketika itu adalah berdasarkan telekan ahli pakar Tuan Puteri Malu(namanya puteri tapi bukan pompuan!!) bahawa pertengahan tahun roman itu airnya surut, maka boleh terjun kejar ikan kalau kalau ikan ikan tu tak nak makan umpan.
hamba ingin mencadangkan supaya semua kaum kerabat bermesyuarat tergempar esok hari dimeja beriani kambing(ayam boleh juga) iaitu tanggal 7/11/08.mohon semua hadir terutama sekali tuan presiden dan tuan yang setia lagi rajin berusaha.(untuk makluman dua dua tu jawatan tetap tanpa pengundian).
sekian.penyudah warkah hamba dengan mohon diampunlkan segala salah dan khilaf.
dari,
Hamba Yang Mengasihani
Thursday, November 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
Arakian karena cadangan tuan hamba yang mengebu-gebu itu maka hamba menyokong gagasan tersebut....
Moleklah kiranya berkumpul sekelian ahli pemancingan diserata ALFA mencapai kata sepakat menuju tasik kenyir lah adanya....
Kendatipun patutlah kiranya ditanyakan juga kepada ketua keduitan urusan mengumpulkan pitis almaklumlah perjalanan ke kenyir berpurnama lamanya...
Post a Comment