Assalamualaikum wbt...
Senada dengan hasrat kerajaan gerombolan untuk melaksanakan Goods & Services Tax a.k.a GST (baca: Go and Squeeze Them), beberapa anggota kabinet Sepit Biru telah bersidang 2 jam yang lalu dan bersetuju untuk mengikut jejak langkah gerombolan tersebut, tetapi dengan cara yang lebih berhemah. Jika GST bagi gerombolan adalah bermangsakan rakyat (baca: Them), bagi Sepit Biru adalah agak berperikemanusiaan kerana bermangsakan udang semata-mata (baca: Them bagi definasi Sepit Biru adalah udang, berlawanan dengan konsep 1Malaysia; Them adalah Rakyat).
Sehubungan dengan itu, para anggota kabinet yang lain digesa agar bersetuju untuk bersekutu dalam hal ini demi kebaikan manusia sejagat. Sudah menjadi fitrah alam bahawa udang boleh ditangkap (baca: "snatched") dan dinikmati. Ia (GST ini) tidaklah melanggar mana-mana ketetapan antarabangsa, malahan PBB (baca: Pi la Bila-Bila) juga menyokong sepenuhnya hasrat Sepit Biru tersebut, berdasarkan wawancara diantara wartawan TukarTiub dengan wakil PBB yakni Berak Oh Bama. Pertubuhan Sedunia seperti WWF (baca: yang ini jelas adalah World WildLife Federation, bukan World Wrestling Federation - yang ini jelas haram jadah zionis punya angkara) juga berkempen agar misi ini disegerakan. Tiada halangan bagi mereka untuk menyertai misi ini asalkan udang harimau (tiger prawn) adalah sekadar nama semata-mata, tiada kaitan dengan mana-mana harimau. Bagi mereka tidak ada sebarang pelanggaran hak asasi manusia apatah lagi hak imunisasi haiwan-haiwan terpelihara seperti harimau, badak air, penyu, dan banyak lagi (sila rujuk ensiklopedia yang ada diperpustakaan Alfa College untuk mengetahui spesis-spesis yang lebih terperinci - "dengan izin" otherwise we could ask Maggie Yap to get more informative resources for our not-so-privileged library).
Sedarlah wahai para anggota kabinet bahawa misi ini penting bagi meneruskan kesinambungan haiwan-haiwan terpelihara dan pada masa yang sama memelihara eko-sistem di Sg Dulang. secara tidak langsung kita juga dapat membantu menaikkan taraf ekonomi peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan tempatan seperti Pak Usin dan Pok Yob terutamanya.
Sekian, terima kasih.
"Berkhidmat Untuk Sepit Biru"
- Yang Mana Patut Didahulukan, Didahulukan; Udang Diutamakan
Yang Menurut Perintah,
Interim President [because next will be YB Mohd Rizam Mohd Razi (ADUN Semenyih).....hahahahahahahahah]
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment